Aku dihambat rasa rindu yang amat sangat. Aku rindu akan teman-temanku ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beserah dahulu. Teramat rindu. Hatiku melonjak-lonjak ingin bertemu dengan mereka. Namun, apakan daya, mereka jauh beratus-ratus kilometer dariku. Aku pasrah. Aku terpaksa menahan rasa rindu ini.
Pergh! Mukadimah habis jiwang je. Ya, memang aku rindukan diorang semua. Jadi, aku rancang untuk buat reunion. Harap-harap ramailah yang dapat datang. Harap-haraplah aku boleh balik Kuantan. Harap-haraplah tak ada halangan. Teruja mak nak jumpa diorang! Haha.
Okey, berkaitan dengan tajuk. Ini kisah masa aku darjah 6. Sebelum aku pindah KL. Kisah yang sangat-sangat tak mungkin aku lupakan. Setiap kali teringat, mesti aku tergelak sorang-sorang. Gila.
Masa darjah 6, aku dah tak balik rumah naik van disebabkan aku ada kelas malam. Jadi, aku menumpanglah rumah kawan aku yang dekat-dekat dengan sekolah. Kawan aku ni pula, setiap hari Isnin dan Selasa, kalau tak silap akulah, ada kelas tambahan lepas sekolah. Jadi, aku dan adik aku pun selalulah tunggu dia dekat pondok depan library.
Satu hari itu, masa tengah tunggu kawan aku, Qonitin, datang pula dua orang jejaka kelas aku. Nabil dan Syimir. Destinasi diorang, library. Diorang nak buat study group. Tapi dah ternampak aku dengan adik aku, terus tak jadi. Diorang join kitorang lepak-lepak dekat pondok.
Mulai dari hari itu, setiap hari kitorang lepak dekat pondok tu. Selamba buat bising padahal budak petang tengah belajar. Bila dah kena marah dengan cikgu, kitorang masuk lepak dekat library. Petang-petang memang tak ada orang nak masuk library. Jadi, library pula yang jadi sarang kitorang.
Macam-macamlah kitorang buat dalam library itu. Satu hari, disebabkan bosan terlampau, Nabil ajak kitorang semua main nyorok-nyorok. Maka, jadilah library itu tempat kitorang menyorok. Ada yang panjat rak buku. Menyorok bawah meja. Dalam almari. Segala tempat yang boleh menyorok, kitorang nyorok.
Hari-hari mesti nak main nyorok-nyorok yang akhirnya bertukar jadi kejar-kejar. Bila pintu terbuka sikit, semua kelam kabut capai buku, duduk atas kerusi dan buat-buat baik. Takut cikgu yang masuk. Tapi selalunya tak ada pun cikgu jenguk dalam library tu.
Satu hari, masa tengah syok main nyorok-nyorok, tiba-tiba pintu terbuka. Semua terkejut. Semua takut. Semua duduk diam dekat tempat nyorok. Ingatkan cikgu. Tapi rupa-rupanya kawan aku juga, Izzah. Terkejut kitorang. Last-last, Izzah pun join kitorang. Dia kena bahan nenek spectator dengan Nabil sebab dia sorang je yang pakai spek dalam ramai-ramai.
Memang best gila dapat main nyorok-nyorok. Rindu. Nak main lagi. Haha. I'm looking forward for the reunion!
No comments:
Post a Comment