Tiga sekawan itu berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat. Beg plastik di tangan mereka pasti bertambah apabila mereka beralih ke tingkat yang lain. Mereka berjalan tanpa sikit pun mengadu kepenatan walaupun masing-masing menyarungkan kasut tumit tinggi. Mereka bertiga sudah biasa berjalan berjam-jam dengan kasut tumit tinggi.
Akhirnya, apabila kedua-dua belah tangan mereka bertiga sudah penuh dengan beg plastik dari pelbagai jenama, mereka mengambil keputusan untuk berehat dan makan di salah satu tempat makan kegemaran mereka, Old Town White Coffee. Riuh tiga anak gadis yang kaya-raya itu berceloteh mengenai peperiksaan dan barang-barang yang baru saja mereka beli.
Tiba-tiba...
Mia : Eh, Lisha, isn't that Rafiqi?
Alisha : Huh? Tak akanlah. Dia tak baliklah minggu ni.
Sara : Eh, betullah Lisha. Cuba pusing belakang. Mesranya dia dengan perempuan itu.
Alisha : Perempuan? *Pusing belakang
Bulat mata Alisha memandang pasangan yang berada berhampiran dengan meja mereka, Laju saja kepalanya berpusing kembali menghadap rakan-rakannya. Matanya mulai berkaca namun ditahannya permata jernih itu daripada jatuh.
Mia : Kau kenal ke perempuan tu?
Alisha : Az. Azmeera. Dia punya adik-angkat-kononnya.
Sara : So, what are you going to do now?
Alisha : Just let it be.
Mia : Hah? Kau biar betul. Tak akan kau nak biarkan saja?
Alisha : Tak ada apa yang aku boleh buat, Mia. Dia ada hak.
Mia : But he's cheating on you!
Alisha : I know and that is okay.
Mia : No, it's not okay. I'm going right over there and teach that jerk a lesson.
Alisha : Mia, tak payah. Biarkan dia. Hidup dia, dia punya suka.
Mia : It's whether I'm going or you're going.
Alisha : Okay. Fine. I'll go.
Alisha bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah ke arah meja Rafiqi dan Azmeera. Dia mula merangka-rangka ayat di dalam kepalanya. Dia tak mahu memaki hamun Rafiqi tak tentu fasal. Meskipun dia marah dan sakit hati, dia tidak mahu mengaibkan Rafiqi dan Azmeera.
Alisha : Hai. Seronok dating?
Rafiqi : Eh, sayang. Apa you buat dekat sini?
Alisha : You lupa? I dah bagitahu kan yang I nak lepak dengan Mia dan Sara hari ni. You pula? Apa you buat dekat sini? I ingatkan you tak balik minggu ni.
Rafiqi : Err... I lupa nak bagitahu you yang I balik.
Alisha : Oh, you lupa nak bagitahu I. Tapi you ingat pula nak bagitahu Az.
Rafiqi : Err... Sayang, I'm sorry.
Alisha : Save it! So, Az. He's all yours now. Take a good care of him, okay? Raf, we are totally over. Sorry and thank you for everything.
Rafiqi : Sayang, I dengan Az tak ada apa-apalah. Dia cuma adik angkat I. I love you, Lisha.
Alisha : You masih nak menafiannya lagi? Okay then, give me your handphone now.
Rafiqi : You nak buat apa dengan handphone I?
Alisha : Just give it to me.
Rafiqi menyerahkan telefon bimbitnya separuh rela. Laju tangan Alisha mengambil telefon bimbit itu dari tangan Rafiqi. Alisha menyelongkar telefon bimbit Rafiqi dan kemudiannya menyerahkannya kembali.
Alisha : Ada ke adik angkat dengan abang angkat bersayang-sayang berhoney-honey berdear-dear? Ada ke adik angkat dengan abang angkat ambil gambar sama-sama cium-cium pipi? Ada ke?
Rafiqi : *Diam*
Alisha : Answer me, Rafiqi!
Rafiqi : No.
Alisha : Dah terang lagi bersuluh yang you dengan perempuan ini lebih dari sekadar adik angkat, abang angkat. Dari dulu lagi I dah agak. Tapi I diam, I tutup sebelah mata. Sebab I sayang you dan setiap perkataan yang keluar dari mulut you I percaya. Dan akhirnya ini yang I dapat? Great. Just great.
Rafiqi : Sayang, I'm sorry. I tahu I salah. Please forgive me.
Alisha : I don't think I can ever forgive you, Rafiqi. But try again later. Who knows I will.
Azmeera : Jadi, apa kau buat dekat sini lagi? Berambuslah. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa kan?
Alisha : Sure, sure. I kasihan sangat dengan you ni Az. Jadi, ambillah Rafiqi yang you gilakan sangat ni. I tahu you adalah seorang kanak-kanak yang tak cukup perhatian dan kasih sayang. Sedangkan I cukup segalanya. Jadi, I rela sedekahkan satu kasih sayang I kepada you. I tak rugi pun sebab masih ramai yang sayangkan I. Dan satu lagi, sedarlah Az. Berhentilah jadi perempuan murah. Berubahlah.
Alisha meninggalkan mereka berdua. Pedih hati Alisha. Namun ditepek juga senyuman palsu di wajahnya. Dia tak mahu rakan-rakannya risau. Alisha Kaisara adalah seorang gadis yang ceria dan dia akan sentiasa ceria untuk menerangi hari-hari malap orang lain. Dalam hati, Alisha berharap Rafiqi akan kembali kepadanya.
P/S : Aku tulis ni sebab nak perli Sunshine aku. Haha.
P/SS : For those who doesn't know about The Chronicles Of M.A.S and wish to know about it, do click here.
No comments:
Post a Comment