Jul 16, 2010

Lawak Bodoh Tingkatan 2 Bestari

Dapat idea ni lepas baca blog Cik Mayang. 2 Bestari tahun ni memang nakal gilalah. Otak semua terlebih arif lagi bijaksana. Ditambah pula dengan Ustaz Khair yang sangat kelakar dan sangat sporting.

Kitorang ni memang bising + kecoh + gamat gila. Sampaikan setiap cikgu yang masuk kelas kitorang mesti cakap, "2 Bestari tahun ni tak macam 2 Bestari tahun lepas". Maksudnya, kitorang ni terlampau bising dan tak senonoh dan kurang ajar. Tak macam 2 Bestari tahun-tahun lepas yang baik dan senyap sunyi dan dan dan dan..

Ah, tahun-tahun lepas, tahun-tahun lepas punya cerita. Tahun ni 2 Bestari dah tak nerd macam tahun-tahun lepas. Revolusilah bagai. Haha. Syukur, alhamdulillah jugalah sebab cikgu-cikgu yang ajar kitorang, semuanya baik-baik. Ceh, AizaFarisha mengampu.

Setiap hari, dalam 2 Bestari mesti ada gelak ketawa. Penuh dengan lawak bodoh. Dan, di antaranya......

Lawak 1




Ustaz Khair : Nanti 31 hari bulan kita ada Hari Koko. Jadi, setiap kelas WAJIB SEDEKAH 2 ekor ayam. Selepas itu, kita kena jual-jual bergabung kelas 2 Amanah.


2 Bestari : Aww...

Qawiem : Kita nak jual apa nanti ustaz?

Ustaz Khair : Tadi saya dah bincang dengan guru kelas 2 Amanah. Kita jual keropok lekor, burger dan lain-lain lagi.

Mayang : Saya nak jual spaghetti!!!!

Ustaz Khair : Ya, Mayang. Mayang nak jual apa mayang?

Mayang : Saya nak jual spaghetti.

Ustaz Khair : Betul ke Mayang?

Mayang : Ya, ustaz!

Ustaz Khair : Okey. Boleh-boleh. Jangan awak tak datang pula Hari Koko tu nanti.

2 Bestari : *Gelak ramai-ramai*

Mayang : Perli baik punya!!

Ustaz Khair : Kalau awak tak datang, saya pergi bom rumah awak.




Lawak 2


2 Bestari : *Sibuk berbincang fasal nak jual apa.*

Ustaz Khair : Diam. Kamu nak bercakap ke saya nak bercakap? 

Qawiem : Kita cakap sama-samalah ustaz. 

Ustaz Khair : Dah, diam. Saya bom satu kelas nanti semua mati, saya je hidup. 

2 Bestari : *Gelak ramai-ramai*

Ustaz ni kan... Tak habis-habis dengan bom. =.=' 



Lawak 3 

Mayang : Cikgu ingat cikgu sorang je ke orang utara? 

T.Madiha : Siapa lagi orang utara? 

Mayang : Saya! Orang Arau Perlis. Ayak bah. 

T.Madiha : *Pusing dan mula menulis dekat papan putih* Ayak, bibiyak. 

Razin : Justin Bibiyak. 

2 Bestari : *Gelak* 

Mayang : Okey, ini lawak. *Bercakap dalam gelak*

*Keadaan dah reda sikit. Entah apa benda entah Teacher Madiha bebel dekat depan. Aku tak dengar sebab tengah sibuk menulis.*

T.Madiha : Ayak aih dalam peti aih. 

Razin : Ayak ketuban. 

T.Madiha : Woi! 

2 Bestari : *Gelak*




Gelaklah korang sampai pecah perut. Aku dah nak tertanggal oesophagus gelak bila ingat fasal benda ni. Lawak doh! Haha. Enjoy! 

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...