Thursday, July 15, 2010

Lawak Bodoh Tingkatan 2 Bestari

Dapat idea ni lepas baca blog Cik Mayang. 2 Bestari tahun ni memang nakal gilalah. Otak semua terlebih arif lagi bijaksana. Ditambah pula dengan Ustaz Khair yang sangat kelakar dan sangat sporting.

Kitorang ni memang bising + kecoh + gamat gila. Sampaikan setiap cikgu yang masuk kelas kitorang mesti cakap, "2 Bestari tahun ni tak macam 2 Bestari tahun lepas". Maksudnya, kitorang ni terlampau bising dan tak senonoh dan kurang ajar. Tak macam 2 Bestari tahun-tahun lepas yang baik dan senyap sunyi dan dan dan dan..

Ah, tahun-tahun lepas, tahun-tahun lepas punya cerita. Tahun ni 2 Bestari dah tak nerd macam tahun-tahun lepas. Revolusilah bagai. Haha. Syukur, alhamdulillah jugalah sebab cikgu-cikgu yang ajar kitorang, semuanya baik-baik. Ceh, AizaFarisha mengampu.

Setiap hari, dalam 2 Bestari mesti ada gelak ketawa. Penuh dengan lawak bodoh. Dan, di antaranya......

Lawak 1




Ustaz Khair : Nanti 31 hari bulan kita ada Hari Koko. Jadi, setiap kelas WAJIB SEDEKAH 2 ekor ayam. Selepas itu, kita kena jual-jual bergabung kelas 2 Amanah.


2 Bestari : Aww...

Qawiem : Kita nak jual apa nanti ustaz?

Ustaz Khair : Tadi saya dah bincang dengan guru kelas 2 Amanah. Kita jual keropok lekor, burger dan lain-lain lagi.

Mayang : Saya nak jual spaghetti!!!!

Ustaz Khair : Ya, Mayang. Mayang nak jual apa mayang?

Mayang : Saya nak jual spaghetti.

Ustaz Khair : Betul ke Mayang?

Mayang : Ya, ustaz!

Ustaz Khair : Okey. Boleh-boleh. Jangan awak tak datang pula Hari Koko tu nanti.

2 Bestari : *Gelak ramai-ramai*

Mayang : Perli baik punya!!

Ustaz Khair : Kalau awak tak datang, saya pergi bom rumah awak.




Lawak 2


2 Bestari : *Sibuk berbincang fasal nak jual apa.*

Ustaz Khair : Diam. Kamu nak bercakap ke saya nak bercakap? 

Qawiem : Kita cakap sama-samalah ustaz. 

Ustaz Khair : Dah, diam. Saya bom satu kelas nanti semua mati, saya je hidup. 

2 Bestari : *Gelak ramai-ramai*

Ustaz ni kan... Tak habis-habis dengan bom. =.=' 



Lawak 3 

Mayang : Cikgu ingat cikgu sorang je ke orang utara? 

T.Madiha : Siapa lagi orang utara? 

Mayang : Saya! Orang Arau Perlis. Ayak bah. 

T.Madiha : *Pusing dan mula menulis dekat papan putih* Ayak, bibiyak. 

Razin : Justin Bibiyak. 

2 Bestari : *Gelak* 

Mayang : Okey, ini lawak. *Bercakap dalam gelak*

*Keadaan dah reda sikit. Entah apa benda entah Teacher Madiha bebel dekat depan. Aku tak dengar sebab tengah sibuk menulis.*

T.Madiha : Ayak aih dalam peti aih. 

Razin : Ayak ketuban. 

T.Madiha : Woi! 

2 Bestari : *Gelak*




Gelaklah korang sampai pecah perut. Aku dah nak tertanggal oesophagus gelak bila ingat fasal benda ni. Lawak doh! Haha. Enjoy! 

Friday, July 09, 2010

Kami Pranksters!

Assamualaikum dan salam sejahtera.


Apa kena dengan budak ni tetiba bagi salam? Hoh, suka hati akulah! Aku punya blog. =.=' Okey, dah merepek.


Tiba-tiba teringat kenangan masa 1 Bestarians dulu masa aku, Mayang, Izaty, Qawiem, Afiq, Raden dan Adam tengah sibuk berbincang fasal TUTTT dekat sekolah tadi. Woah! Rindu gilalah dengan 1 Bestari dulu. Korang! Kita buat reunion 1 Bestari nak? Heheh. 1 Bestari 2009 memang terbaiklah! Happening.


1 Bestari dulu ada banyak puak. Tapi kitorang tetap SATU. Kitorang tetap bekerjasama dan bersatu walau apa pun. Kitorang memang suka buat kerja gila terutama sekali kenakan cikgu. Maaf kepada cikgu-cikgu yang pernah kami kenakan terutama sekali Puan Low. Hehe. Okey, di sini ada beberapa situasi yang buat aku gelak nak tertanggal gall bladder bila ingat. Hee...


Kejadian 1


Masa ni awal-awal tahun lagi. Semua 1 Bestarians baru je nak berjinak-jinak dengan kawan baru. Semua pun malu-malu gedik lagi. Tapi tahap kekecohan dah sampai tahap maksimum. Kitorang memang kecoh gila kalah pak cik - pak cik jual ikan dekat pasar. Al-maklumlah, baru je nak berkenalan. Semua sibuk bercakap fasal biodata masing-masing.


Masuk waktu Matematik, kitorang masih lagi pot pet pot pet bercakap. Puan Low yang ajar kitorang Matematik ni pun dah bengang gilalah kan? Dia tegur sekali, kitorang diam satu saat. Dia tegur dua kali, kitorang diam dua saat. Akhirnya, dia dah berapi, dia marahlah kitorang ni. Panjang jugalah bebelan dia.


Dia dah habis membebel, adalah budak kelas aku ni, nama dia Syarul. Aku pernah tersuka dengan dia. Dia pergi cakap, "Weh, diam weh. Dia tanya pun kita diam je." Dan percaya atau tidak, SEMUA orang ikut. Gila kan? Haha. Padahal, si Syarul ni cakap main-main je. Boleh pula orang lain ikut.


Sampai satu tahap tu, Puan Low cakap, "Bila saya suruh diam, kamu bercakap. Bila saya suruh bercakap, diam pula." Kitorang cuma senyum je. Tapi ada pulalah suara sumbang yang tolong balas, "Bising kena marah, diam pun kena marahkah?" Bodoh gila. Ada je tukang jawab. Dahlah bagi jawapan yang cikgu tak boleh nak bidas balik.


Heh, mungkin korang rasa benda ni tak kelakar pun. Hoh, peduli apa aku. Ceit! Poyo gila budak menggelebah gedik ni. =.=' Moving on to the next situation...


Kejadian 2


Sekali lagi, Puan Low menjadi mangsa. Tapi kejadian ni berlaku masa kitorang semua dah rapat dan bersatu padu. Satu hari tu, kitorang memang dah gila malas nak belajar Matematik. Tapi waktu Matematik ada lagi 20 minit macam tu. Puan Low suruh kitorang buat latihan yang dia bagi sementara dia tanda buku. Mampus tak buat.


Nak bising tak boleh, nanti dia pergi sambung mengajar. Jadi, terpaksalah pasrah diam je. Tiba-tiba si Mayang yang gila arif lagi bijak sana ni, pergi suruh Qawiem cepatkan jam dinding 1 Bestari. Dahlah pergi cepatka 15 minit terus. Gila. Dah cepatkan, dia duduk dekat tempat dia dan buat muka tak bersalah cakap, "Teacher, waktu dah habis."


Mula-mula dia tak percaya. Dia tak pakai jam. Jadi, dia tengok jam dekat handphone dia sebelum tanya kitorang. "Jam kamu betul?" Kitorang angguk. Dia bebel-bebel cakap jam handphone dia salah. Hehe. Selepas tu, dia terus kemas barang-barang dia dan keluar kelas. Hoh, padahal ada lagi lebih kurang 15 minit macam tu.


Dia keluar je, kitorang satu kelas terus terbahak-bahak gelak. Tak sangkalah pula dia percaya. Keesokkan harinya, kitorang kena perli dekat perhimpunan. Haha. Selepas tu dia dah tak percaya dah. Gelak gelak juga. Ada juga yang marah. Kasihan Puan Low. Asyik kena je dengan kitorang ni.


Okey, moralnya, sila pakai jam kalau nak masuk mengajar kelas Bestari. Haha. Kejadian seterusnya!!


Kejadian 3

This one is different. Sir Zainudin pula. Masa awal-awal tahun sekolah, kitorang lambat pergi makmal. Sir Zainudin dah bercekak pinggang depan makmal tunggu kitorang. Habislah kitorang kena tazkirah depan makmal tu. Panjang jugalah tazkirah dia tapi ada satu ayat je yang lekat dekat kepala kitorang.
"Saya tak nak kamu lewat seminit pun dari saya!"
Kalau kitorang lambat, dia mesti ambil masa rehat kitorang. Melepas nasi ayam mak cik kantin. Beberapa kali jugalah kitorang lambat sebelum betul-betul insaf. Dah sampai tengah-tengah tahun, Sir Zainudin yang selalu lambat dari kitorang. Setiap kali dia lambat, adalah suara suara nakal yang ajuk balik ayat-ayat Sir Zainudin kalau kitorang lambat. Haha. Bodohlah diorang ni.
**************
Sebenarnya, banyak lagi benda-benda kelakar yang terjadi tapi tak ingatlah. Tiga kejadian ni je yang melekat dekat kepala otak. Hehe. 1 Bestari 2009 memang terbaik! Rindu gila saat-saat itu. Okey, inilah dia anggota keluarga 1 Bestari 2009 yang happening.



  1. Ahmad Badrul Fathi (ketua tingkatan)
  2. Siti Norizaty Ramli (penolong ketua tingkatan)
  3. Mayang Izati Ibrahim 
  4. Nur Aiza Farisha (yeah akulah ni)
  5. Qawiem Yusman
  6. Afiq Ariffin
  7. Syarul Syzwan (bukan typing error okey? memang nama dia eja macam ni)
  8. Anuar Jeffrey Jaafar
  9. Azrul Ariff
  10. Hasan Norazman
  11. Fatin Syahira
  12. Shazni Zahar
  13. Amirah Huda
  14. Rais Syafiq
  15. Shafik Asri
  16. Nur Farah Iryani
  17. Rasyefaziera Hamdan
  18. Arif
  19. Amira Azmi
  20. Amirul Firdaus
  21. Akif Nukman
  22. Liyana Baharudin 
  23. Liyana Razali
  24. Shazwani Shafinaz
  25. Syamim Jamil 
  26. Zaki Naim
  27. Atiqah Abdullah
  28. Hazlan 










Sumpah rindu semua ni! =)


P.S : Mayang, kau tertinggal Syamim. 

Thursday, July 08, 2010

These Will Keep Me Laughing

Situasi satu...

Ustaz Khair : Apa kita dapat kalau demam panas? 

Gigi : Tak payah pergi sekolah. 

Bernas sungguh jawapan beliau. Terbahak-bahak kami gelak. Untuk kali pertamanya Encik Gigi memberi jawapan yang bernas. Haha. 

Situasi dua... 

Miss Wong : Keluarkan buku nota. 

Encik Gigi : Tak ada. 

Miss Wong : Apa ni? Itu tak ada, ini tak ada. Gigi pun tak ada!

Gamat satu kelas doh! Terbaiklah Miss Wong!! Wohoo. Terdiam terus Encik Gigi tu. Haha. Kami satu kelas memang suka serang Encik Gigi. Haha. Okey, sebenarnya banyak lagi benda-benda yang kelakar terjadi dalam kelas 2 Bestari yang memang gila happening. Haha. 

**************************
Sorry people. I've changed. I'm not that all easy-going AizaFarisha anymore. I'm becoming more sensitive girl and yeah I pissed off so quickly. I don't know why. I just don't really forgive people who hurt me easily nowadays. Somehow, I prefer to be alone. Yeah, I haven't fully recover yet. Just pray that I will become the old AizaFarisha you know again. One day I will. InsyaAllah. 

***************************
I've made a decision. I'm going to avoid Riz and forget about boys and love. I don't want to get hurt again. I'm not going to shed another tear just because of a stupid guy. Not anymore. I've told myself before. He's the 30th and the last guy. 

***************************
Okay, seriously, I got no idea to update this blog. Sorry. I'm just really boring now. =.=' Okay, bye.