Jul 22, 2017

Mar 13, 2012

Alkisah Qalisha dan Rakan-Rakan

Howdy, creatures! Dah lama kan tak ada short stories? Well... Ni ada satu yang aku dah lama simpan. Enjoy!

Keluarga Encik Malik sedang menikmati hidangan makan malam yang enak dimasak oleh Kak Yati, pembantu rumah dari Indonesia.

Encik Malik : Isha, papa have something to tell you.

Qalisha : What?

Encik Malik : Papa ada sorang kawan ni. Kitorang memang rapat sangat. Papa kenal dia dari papa sekolah rendah lagi. Masa kami sekolah menengah, kami pernah buat janji yang satu hari nanti bila kami dah ada anak, kami nak satukan anak kami.

Qalisha : Then? Apa kena mengena dengan Isha?

Encik Malik : Papa ingat janji tu dah dilupakan. Almaklumlah, zaman gila-gila dulu. Lagipun kawan papa tu dah lama tak balik Malaysia. Tapi.... Hari tu papa jumpa dia dan dia masih ingat lagi janji tu. Kebetulan pula dia anak lelaki sebaya dengan Isha.

Qalisha : Pa... Papa cakap apa ni? Jangan cakap papa nak Isha kahwin dengan mamat tu? Isha baru 16 tahun, pa.

Encik Malik : Ish, taklah....

Qalisha : Huh, nasib baik. Ingat papa buang tebiat tadi nak suruh Isha kahwin sekarang.

Encik Malik : Korang bertunang je dulu. Nanti cukup 18 baru kahwin. Esok keluarga diorang datang masuk meminang.

Qalisha : WHAT?! Papa jangan berguraulah benda ni. Apa ni pa? Gurau pun agak-agaklah.

Encik Malik : I'm serious, Isha.

Qalisha : Pa.... Isha dah ada boyfriend kan? You know that. How could you do this to me?

Encik Malik : Budak rempit tu? Tak payahlah Isha. Papa tak nak Isha berkawan dengan dia lagi. Bukannya baik pun budak tu.

Qalisha : You don't know him, pa. Macamlah anak kawan papa tu baik sangat. I'm off to bed. Night. Assalamualaikum pa, mama.


Qalisha bangun meninggalkan meja makan. Derap kakinya laju menuju ke bilik tidurnya. Dia mahu segera berseorangan. Dia masih belum dapat menerima berita yang baru diketahuinya. Dia? Tunang orang pada umur 16 tahun? Adakah dia yang gila atau papa yang gila?

Siapalah gerangan tunangnya itu agakanya? Berapakah umur dia? Kacakkah orangnya?  Baikkah dia? Bagaimana dia hendak menerangkan duduk perkara kepada Arif? Qalisha akhirnya tertidur dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan bermain di mindanya. Kepalanya pening. Hatinya kuat memberontak.

Tidur Qalisha terganggu di tengah malam apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia membuka sedikit matanya dan melihat nama Arif tertera pada skrin telefon. Segera dia menjawab panggilan tersebut walaupun rasa mengantuk menebal dan matanya langsung tidak mahu celik. 

Arif : Awak, saya mintak maaf sangat-sangat dekat awak. 

Qalisha : Raya lambat lagilah sayang. Kenapa dengan awak ni? 

Arif : Saya... Saya sayangkan ex-girlfriend saya lagi. Saya mintak maaf sangat-sangat eh awak? Kita masih lagi boleh jadi kawan. 

Qalisha : Tepat pada masanya. Tak apalah awak. Saya pun memang kena break dengan awak. Papa saya suruh. Terima kasih. Bye. 

Qalisha segera menamatkan panggilan tersebut dan mematikan telefon bimbitnya. Dia kembali nyenyak tidak lama kemudian.

****

Pagi itu Qalisha ke sekolah dengan muka serba monyok. Dia yang selalunya bermulut becok  tiba-tiba senyap sunyi pada hari itu. Rakannya, Sarra perasan akan perubahan Qalisha. 

Sarra : Aik, Sha? Senyap je kau pagi ni. Kenapa? Something's wrong?

Qalisha : Tunggu Awiem sekali nanti aku cerita. Banyak benda yang tak kena ni. Haih. 

Sarra : You okay? Pasal Arif ke? 

Qalisha : Pasal Arif satu. Then about something... That is too much for me to absorb. 

Sarra : Wah, macam masalah besar. Apa dia? Ceritalah. 

Qalisha : Tunggu Awiem. Karang sentap pulak mamat tu. Memang masalah besar pun. Tak besar tak adanya aku monyok macam ni. 

Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan Qalisha, Awiem datang dan duduk bersama mereka. 

Awiem : What's up? Kau apahal monyok semacam?  

Qalisha : Nak cerita ni... Arif dah tinggalkan aku. He still loves his ex. 

Sarra : Apalah yang ada dekat perempuan tu yang dia sayang sangat? She's a bitch. Bodoh jugak si Arif ni. 

Qalisha : Dah nak sayang, nak buat macam mana? Redha je lah. 

Awiem : Are you okay? 

Qalisha : I'm fine. Bukan pasal tu yang aku serabut kepala otak sangat ni. It's about me, being someone's fiancee. 

Sarra and Awiem : HAA?! 

Awiem : Kau biar betul Sha? 

Qalisha : Yeap. Bapak aku bantai tunangkan aku dengan anak kawan dia. 

Sarra : Bila? 

Qalisha : Last night.... 

Awiem : Siapa? 

Qalisha : Entah. Semalam lepas sarung cincin, aku terus naik bilik, tak keluar sampai pagi tadi. Aku tak tengok pun muka dia. Nama pun aku tak tahu. Malas nak ambil tahu. 

Sarra : So... Kau ni tunang orang yang tak dikenali lah? 

Qalisha : Apparently, yes. Dah tak boleh menggatal dengan orang lain. So sad... 

**** 

Sebulan telah berlalu. Kehidupan Qalisha masih lagi seperti biasa walaupun dia sudah bergelar tunang orang. Dan sehingga hari ini, dia masih tidak mengetahui identiti tunangnya itu. Hari itu, tingkatan 4 Tekno menerima seorang ahli baru. 

Puan GV : Kelas, hari ini ada budak baru masuk kelas kamu. Nama dia Danial. Danial, kau boleh duduk sebelah Awiem. 

Awiem : Cikgu, sebelah saya tempat Isha lah. 

Puan GV : Sebelah satu lagi lah. Kamu ni, saya tahulah kamu tu tak boleh berenggang dengan si Isha. 

Awiem : Hehe. Welcome to 4 Techno, Danial. Meh duduk meh. 

Puan GV : Awiem ni banyak mulut. Tahanlah sikit ye? 

Danial : Tak apa, cikgu. Saya tak kisah. 

Qalisha yang ke tandas sebentar tadi, kembali ke kelas. 

Awiem : Sha, kita ada budak baru. Nama dia Danial. Handsome kan dia? 

Qalisha : Oh, hi. Aku Qalisha. Panggil je Isha. 

Danial : Hi. 

Awiem : Handsome kan Danial ni Sha? 

Qalisha : Boleh lah... Aku tak dibenarkan pandang lelaki lain doh. 

Awiem : Oh, lupa. 

Danial : Kenapa? 

Qalisha : Biarlah rahsia. Baru masuk dah menyibuk. 

4 bulan berlalu. 4 bulan jugalah Danial menyertai kumpulan Qalisha, Awiem dan Sarra. Ke mana jua pasti bersama. Dalam diam, Danial mula menyukai Qalisha. Suatu hari ketika mereka berempat sedang bersantai di taman berdekatan rumah Qalisha....

Danial : Sha, I have something to tell you. 

Qalisha : Amenda? 

Danial : Kita pergi jauh sikit boleh? 

Qalisha : Malas. Cakap je kat sini. Nanti aku kena cerita balik dekat diorang pulak. 

Awiem : Haa... Kau nak cakap apa haa Danial? Siap nak ajak Sha pergi tempat lain pulak tu? 

Danial : Hm... I think I like you. 

Qalisha : Think? 

Awiem : Think? 

Sarra : Think? 

Danial : No, I really like you. 

Qalisha : I appreciate it, dude. But sorry, can't return it. 

Danial : Kenapa? 

Awiem : Isha ni tunang orang. Tapi dia tak kenal siapa tunang dia. 

Qalisha : Woi! Kau apahal? Nak mati? 

Danial : Betul ke Sha? Never mind then. 

Qalisha : Yeap. Leklah der. Banyak lagi bunga di taman. Ye dak? 

Tidak lama kemudian, Qalisha mengadakan parti hari jadinya yang ke-16. Dia diberitahu oleh ibu bapanya yang tunangnya akan menghadiri majlis itu. Setelah hampir 5 bulan bertunang, barulah Qalisha berpeluang melihat wajah tunangnya. 

Encik Malik : Isha, sayang, come here. Salam uncle dengan aunty. 

Qalisha segera bersalam dengan ibu bapa tunangnya. 

Dato' Sufian : Apa khabar, Isha? 

Qalisha : Alhamdulillah, sihat uncle. 

Datin Bella : Isha dah jumpa dengan anak aunty?

Qalisha : Err... Belum. Isha sebenarnya tak kenal siapa dia. Hehe.

Datin Bella : Eh? Tadi Danial cakap nak jumpa Isha. Bertuah punya budak tunang sendiri tak kenal. 

Qalisha : Apa aunty cakap nama dia tadi? Danial? Isha jumpa Danial kawan kelas Isha je. Danial anak aunty Isha tak jumpa. 

Danial menyampuk dari belakang Qalisha...

Danial : Well, actually both Danial are the same. 

Qalisha : What? Oh dear God! Kau rupanya tunang aku?! 

And they live happily ever after... 



Dec 29, 2011

You'll Never Know If You Never Try

Maria : Eh, Sha, Sha! It's him! He's sitting over there. OMG! Hensemnya dia.....

Qalesha : So, apa tunggu lagi, pergilah cepat.

Maria : Haa? Pergi mana?

Qalesha : Ish, pergi confess lah. Pergi cepat. Sementara kawan-kawan dia yang lain belum join sekaki.

Maria : Tak naklah. Aku segan. Dibuatnya dia reject aku, mana nak letak muka ni?

Qalesha : Habis tu? Sampai bila kau nak simpan je perasaan kau tu? Dah tiga tahun tau kau dok tenung dia dari jauh. I think it's time to let him know. Kang melepas, meroyan tak sudah. Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kau and kau akan rasa lega sikit bila dah confess. So, go. Kena reject ke apa ke itu belakang cerita. Yang penting, you let him know your feelings. Plus, dia dah nak pergi Ireland minggu depan. So this is your last chance.

Maria : I can't. Kau tengoklah dia tu. He's perfect. And I'm..... Selebet-rity. Impossible lah dia pandang orang macam aku ni. Aku takut.

Qalesha : Hoi, hoi. Tak ada orang yang perfect dekat dunia ni. You're pretty, just the way you are. Jangan risau. Aku ada. Just go and confess to him. BUT! Jangan expect apa-apa pun. Jangan expect dia terima kau and jangan fikir dia akan reject kau. Okay?

Maria : Huh! Okay. Wish me luck.

Qalesha : Go for it, girl!

***

Maria : Hai, Sufi. Sorang je?

Sufi : Hey. Yeah, sorang je. Come join me.

Maria : Thanks. Apasal sorang-sorang je hari ni? Where are the others?

Sufi : Haih. Biasalah. Semua dah berpasangan sekarang. Sibuklah ber-dating. Tertinggallah I sorang-sorang.

Maria : Eh? You tak ada girlfriend?

Sufi : *geleng*

Maria : So... Erm... I have something to tell you.

Sufi : Oh... Apa dia?

Maria : I... erm... *cakap laju-laju* I like you. Like, really really like you. It's been three years now. So.... *dah mula slow* That's it. Yeah, gotta go. Bye!

Sufi : Wait, wait. I appreciate the feelings you have for me. But I'm sorry I can't return it. I nak fokus pada study dulu. Sorry, okay Maria?

Maria : Erm. Yeah, okay. *smiles*

***

Qalesha : He said that?

Maria : Yeah...

Qalesha : Hmm... Sabarlah. Maknanya, ada lagilah harapan untuk kau. Sekarang ni, kau kenalah berdoa pada Allah supaya hati dia terbukak untuk terima kau. Okay? But at least, you know what he feels now. Kan? Cheer up! Tak mati pun tak dapat si Sufi tu.

Maria : Thanks, Sha.

Qalesha : So, kau nak balik rumah menangis sampai habis berkotak-kotak tisu ataupun nak ikut aku pergi makan Tutti Frutti?

Maria : Tapau kan Tutti Frutti untuk aku boleh? Tak ada mood nak keluar but... Tutti Frutti is just irresistible.

Qalesha : Haa okay okay.

Aug 17, 2011

PMR English Essay : Speech

"Ways Towards Becoming An Excellent Teenager"

A very good morning to the respected headmaster, Encik Ramlee bin Abdullah, teachers and my beloved friends. This peaceful and wonderful morning, we all gather in this hallowed hall and I will be talking about "Ways Towards Becoming An Excellent Teenager". 

Friends, 
Do you want to be an excellent teenager or just an average teenager? How many of you want to be an excellent teenager? I am sure all of you want to be an excellent teenager. So here is how to be one. 

Firstly, we must lead to a healthy life style. In order to do so, we must eat according to the balanced diet. Consume less oily food but eat more vegetable and fruit. Moreover, we must exercise at least twice a week. We also must not smoke the harmful and deadly cigarettes as they could cause many dangerous effect. Therefore, my dear friends, do not smoke a lot but eat healthily and exercise a lot. 

Boys and girls,
The next step to be an excellent teenager is by choosing our friends wisely. If we chose to be friends with a smart and kind teenager, then, we will too be kind and smart like them. On the contrary, if we choose to hang out with some useless teenagers, we will too end up useless like them. So girls and boys, choose your friends wisely! 

Aside from living a healthy life style and choosing our friends wisely, we must also respect the elders. Such as parents and teachers. Even the Form 5 students are counted as elders. It is very crucial for us to respect them, especially our parents since they have done a lot for us. Plus, you guys do not want to go to hell for disrespecting your elders. 

Teachers and friends, 
To become and excellent teenager, we must be a good listener. Listen well to our parents', teachers' or friends' advice. Our parents and teachers know better than us so we should listen to them. 

Last but not least, make reading your habit. It is not necessary for us to read educational books. We can read comic books, magazine, novels or whatever tickles our fancy. What more important is that you read because by reading we can learn a lot of things. 

Ladies and gentlemen, 
In conclusion from my speech, we must lead a healthy lifestyle, choose our friends wisely, respect the elders, be a good listener and read a lot to become an excellent and successful teenager. That is all from me, thank you. 

413 words

*I get 28 over 30 for this essay. :)

Aug 14, 2011

M.A.S Special Episode : Kem Motivasi II

Di Kem Motivasi Cahaya Gemilang...

Girls : Oh my God!!! We're actually sleeping in tent?? In the jungle??

Sarra : Gosh, what a biatch.

Mia : Who are they? Tengah-tengah hutan terlolong macam langsuir.

Alisha : Melissa. Anak Dato' Zahari. Junior. Us wannabe.

Sarra : Kau kenal?

Alisha : Unfortunately, yes. Dato' Zahari pernah kerja dengan my dad. Since dapat Dato' ni, dia berhenti and buat bisnes sendiri. His wife, her mum, Datin Melly or to be exact, Meliah, sangat-sangat annoying. Datang rumah orang, sibuk nak komen fasal furniture and deco semua. Anak dia ni pun sama spesis je. Just watch. One. Two. Three. Four...

Melissa : Kak Lisha! OMG! What are you doing here? Tak sangka boleh jumpa akak dekat sini.

Alisha memandang Mia dan Sarra dengan pandangan 'I told you so'. Mia dan Sarra cuba menahan ketawa.

Alisha : Buat apa lagi dik tengah-tengah hutan ni? Camping lah! I'm so excited!

Melissa : Excited? You gotta be serious. Geli je Mel nak tidur atas tanah. Tak selesalah.

Alisha : Well, you're staying here for the next 2 weeks. Get use to it.

Melissa : Eww. How can you say that kak? Disgusting kot. And... Is that the new limited edition Coach handbag? Mama Mel nak sangat beg ni. Mana akak dapat? Kenapa akak bawa masuk hutan ni kak?

Alisha : This? Gosh, Mel. Beg ni dah lama sangat. I mean, I bought it in New York last year. Suruhlah mama Mel cari dekat New York. Beg ni tak sampai ke Malaysia.

Melissa : Really? Wow. Eh, that sparkly purple luggage tu siapa punya? Akak?

Alisha : Nope. It belongs to Mia. And the one with huge S, belongs to Sarra. Mine, yang putih with pink diamonds tu.

Melissa : Oh my! The whole M.A.S is here? Hi, kak Mia, kak Sarra.

Mia & Sarra : Hi.

Alisha : Girls, we should make over our tent. Mel, see you around. Bye.

Melissa : We're allowed to make over our tent? Can you help me?

Alisha : Just us, Mel. Now, run along.

Setelah Melissa berlalu...

Alisha : Oh, Gosh, I hate her.

Mia : Now, that's the Lisha we know. First at the camp and you're already coming back. Welcome back darl.

Sarra : Yeah. That is sooooo Alisha.

Alisha : With her, I have to be that way. Now, let's get cracking, girls!

Aug 13, 2011

M.A.S Special Episode : Kem Motivasi

Beg sekolah yang dikendong dihempas ke lantai dewan. Rakan karib yang asyik berborak diterjahnya tiba-tiba. Pagi itu dingin sekali sebab baru lepas hujan. Ramai yang ke sekolah dengan baju sejuk pelbagai warna dan fesyen. Ah, mentang-mentanglah itu sekolah swasta.

Alisha : Girls!! Major hot news!! 

Mia & Sarra : What?!

Mia : You bought a new Coach handbag?

Sarra : New Charles & Keith heels?

Mia : A trip to Paris this school holiday? 

Sarra : New boyfriend? 

Alisha : No, no, no, not even close! My parents sending me off to a motivational camp this school holiday. 

Mia : A-girl-whose-dad-owns-the-school-say-what?! 

Sarra : Oh my God! 

Alisha : Yeah. I AM GOING TO A MOTIVATIONAL CAMP! You guys really need to help me. 

Mia : Can't you just say no? 

Alisha : I did but they insist. Care to join me?

Mia : Err... I don't know Lish. You know me. 

Sarra : Maybe we should try something new. I mean, it couldn't be all that bad. 

Alisha : Yeah, I hope so. You're going Ra? 

Sarra : Would love to but I'll ask my mum first. Mia? Jomlah. It could be fun. 

Mia : Let me think about it first. 

Sarra : Apahal parents kau tiba-tiba suruh pergi kem motivasi pula ni? 

Alisha : I don't know. Diorang cakap aku dah banyak berubah. Not the same Alisha anymore. Aku tak faham apa yang berubahnya. I'm just the same. 

Sarra : Aku rasa aku faham maksud parents kau. 

Mia : Yeah. Memang kau dah berubah Lisha. 

Alisha : What?! You guys too? Tell me. Apa yang berubah? 

Mia pandang Sarra. Sarra pandang Mia. Dua-dua angguk. Alisha terpinga-pinga. Mia meneguk air liur sebelum memulakan bicara. Mia dan Sarra menarik tangan Alisha dan menggenggamnya erat. 

Mia : Sha, kitorang perasan, sejak kau break up dengan Syakir, kau dah banyak sangat berubah. 

Alisha : I did not! 

Sarra : Just hear us okay? 

Alisha : Fine then. 

Mia : You actually stop hanging out with us. Setiap kali kitorang ajak kau shopping, kau selalu bagi macam-macam alasan. Result kau drop gila babi. Sedangkan we know that you're the smartest girl in school! Itu kau  kata kau tak berubah?

Alisha : Mana ada aku stop hang out dengan korang. Aku memang betul-betul busy. And about my result, soalan tu susah. 

Sarra : Oh, come on! This isn't the Lisha we know. Alisha Kaisara tak pernah kata soalan susah. Siapa kau? Apa kau dah buat dengan Lisha? Kau busy buat apa Sha? 

Alisha : Urusan family. 

Sarra : Nonsense! 

Alisha : Oh, what do you know? 

Sarra : I know that my best friend, Alisha Kaisara, is not like this. 

Mia : Sha... Janganlah marah. Sarra, relax. Apa yang Sarra cakap tu betul Sha. Kau bukan macam ni. Sejak kau break dengan Syakir, kau dah lain sangat. Kau selalu marah-marah. Bad mood tak ada sebab. We've been best friends for like forever, we know you. Apa dah jadi dengan kau Sha? Kenapa kau berubah sampai macam tu? 

Alisha : I... Didn't... Change... 

Sarra : Kau tak boleh tipu kitorang. We want the old Lisha. 

Alisha : Well, she's not coming back. 

Mia : Let's just go to the stupid motivational camp. Maybe you'll open your eyes wider. 

Alisha : Yeah, whatever you say. 

Kesudahannya tiga rakan karib itu dihantar ke Kem Motivasi Cahaya Gemilang yang diadakan di Cherating. Dua minggu mereka berada di sana. Sarra, Mia dan ibu bapa Alisha berharap dua minggu berada di kem, dapat mengembalikan Alisha yang dulu.

To be continued... 

Jul 18, 2011

The Story Of Us

"I used to think one day, we'd tell the story of us. How we met and the sparks flew instantly." - Taylor Swift

Hai! Aku Khalisha. Kau boleh panggil aku Khalish, Lisha, Lish, Isha, Sha, Cha. Tapi kawan-kawan baik aku panggil aku Tik. Nama manja untuk katik. Tak perlu tanya kenapa lagi lah kan? Ya, aku memang katik. Tapi rupa aku boleh tahan comelnya. Sekali aku senyum, terserlah lagi kecomelanku. Maka tergodalah para kaum Adam yang melihat. Cuma masalahnya, aku jarang sekali tersenyum.

Oh, cakap fasal kaum Adam, aku ada kisah yang tak berapa nak sedih untuk dikongsikan dengan kau. Duluuuuu.. Aku ada boyfriend. Hee. Namanya Adam Ar-Rayyan. Ah, namanya baik sekali. Berbeza sungguh dengan empunya nama. Si dia yang boleh tahan kacak tetapi berperangai menyerupai syaitan. Oh tidak, tidaklah sebegitu teruk. Dia cuma nakal. Dan malas belajar. Jika ditanya siapakah juara lompat pagar sekolah, dialah orangnya.

Walau bagaimanapun, aku tetap sayangkan dia dan cuba sedaya-upaya untuk mengubah seorang insan bernama Adam Ar-Rayyan. Dan inilah kisah bagaimana semuanya bermula...

****

"Sha, kau tahu tak, ada seorang mamat ni, aku selalu terserempak dengan dia masa nak balik sekolah. Handsome". Oh, ini kawan baik aku yang terlebih dos gedik. Namanya Sarra Izaty. Dan dia baru je sampai sekolah pagi ni. Hai, budak PMR pagi-pagi dah bergosip fasal jantan. Bukannya nak bercakap fasal pelajaran. Tapi... Tak ke pelik kalau tiba-tiba je Sarra datang pagi-pagi, cakap, "Sha, sperm tu kena berenang sampai dekat fallopian tube kan baru jumpa ovum?" Ooohh, awkward. Okay, that's not the point.

"Wah, macam ada jodoh. Siapa?" Aku bertanya dengan muka teruja. Kata lelaki handsomeeeee... Siapa yang tidak teruja? Cuba cakap? Kau? Memanglah. Kau tu jantan. Pelik jadinya kalau kau teruja tengok lelaki handsome. Atau... Kau ada masalah jantina? Err.

"Aku tak tahu nama dia. Budak baru kot. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Form 4 rasanya". Jadi, mulai hari itu, kitorang gelarkan lelaki tersebut jodoh. Dan mulai hari tu jugalah, misi mencari lelaki handsome untuk dijadikan crush bermula. Belum pun masuk bulan 2, Sarra dah ada sampai lima crush. LIMA okay? Entah macam manalah dia nak stalk semua tu.

Masuk bulan Februari, aku dah mula panas telinga. Hari-hari dengar si Sarra cakap fasal lima orang jantan tu lepas gelak gedik-gedik. Hadoyaii. Jadi, aku pun luaskan mata memandang sana sini masa perhimpunan mencari lelaki kacak. Dan akhirnya, ada 3 orang yang dalam pemerhatian aku. Hahah. Shahrizan, Adam Ar-Rayyan dan John. Tapi aku paling gilakan si Shahrizan sebab dia pendek dan comel. Hahah.

Tak lama aku crush-crush ni. Hujung bulan dua, Adam tegur aku dekat FB. Dan ini... Adalah conversation antara aku dan dia yang aku ingat.

Adam : Nak nombor?
Aku : Buat apa?
Adam : Nak ayatlah.
Aku : =.='
Adam : Boleh tak?
Aku : Nah. 0184231523
Adam : Ni nombor aku. 013774805
Aku : Okay.
Adam : Esok tengah hari kau call aku.
Aku : Nak buat apa pulak?
Adam : Call jelah!
Aku : Tengoklah kalau aku dah bangun.
Adam : Alaa..

Lepas tu aku dah tak ingat dah kitorang cakap fasal apa. Dan esoknya, aku tidur sampai tengah hari. Dia mesej suruh call, the typical, "Hi, please call me back". Aku dengan taik mata melekat-lekat lagi, call jelah mamat tu. Dan ini pulak conversation yang aku ingat masa kitorang on the phone.

Aku : Hmm.. Kau nak apa suruh aku call ni?
Adam : Nak kau.
Aku : Hah?
Adam : Nak kau.
Aku : Apa?
Adam : Nak couple dengan kaulah bangang!

Alahai, romantiknya cara minta couple. Aku reject. Bukan sebab dia main bangang-bangang. Tapi sebab kitorang baru sangat kenal. Aku nak kenal dia dulu. Tengok sesuai ke tak dengan jiwa aku. Waahh... 2 hari kitorang asyik text je tak berhenti. Dan selepas dua hari dia minta couple lagi. Kali ini, aku terima. Cuma memberi peluang. Tak berharap pun kekal lama. Tapi... Entah macam mana hati aku boleh sayang sangat pada dia. Haih.

Hubungan aku dan dia, bertahan selama 4 bulan sahaja. Tapi 4 bulan pun, macam-macam yang kitorang dah lalui. Gaduh, jangan cakaplah berapa banyak kali. Bergurau senda, sepanjang masa. Dia sentiasa ada untuk aku. Dia sanggup datang rumah aku untuk pastikan aku tak buat kerja bodoh toreh tangan sendiri.

Tapi..

Aku terlampau bodoh tak reti bersyukur. Selalu harapkan lebih daripada dia. Sedangkan apa yang dia bagi dah cukup. Aku tak ada mesin masa macam doraemon nak patah balik masa. Aku tak boleh betulkan semuanya. Aku   cuma mampu senyum dan cuba terima hakikat. Ya, sakit. Tapi apa lagi aku boleh buat, betul tak?

Oh, kenapa break? Cukuplah korang tahu, ianya salah aku.

Dan ini... Malam kitorang break. Kali terakhir aku cakap dengan dia.

Aku : Hmm.. Okaylah. Bye.
Adam : Bye. Nie aku bagi kau last, I love you.

Ya, I love you too. Tapi aku tak mampu balas masa tu sebab.... Haih, apa lagi? Menangislah.

Aku masih sayangkan kau, Bo. Dan aku rinduuuuuuu kau sangat. Haih.

Aku tunggu kau balik.

****

Dan kini... Umur aku dah 25 tahun. Masih single mingle triangle lagi. Semuanya sebab lelaki bernama Adam Ar-Rayyan yang tak dapat diganti oleh sesiapa. Ya, ada je orang nak berkenalan dengan aku. Tapi cukup sampai berkenalan sebab aku langsung tak ada perasaan pada mereka.

****

Dan cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. :)

Anyway, thanks, A for a wonderful journey.

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...