Jul 18, 2011

The Story Of Us

"I used to think one day, we'd tell the story of us. How we met and the sparks flew instantly." - Taylor Swift

Hai! Aku Khalisha. Kau boleh panggil aku Khalish, Lisha, Lish, Isha, Sha, Cha. Tapi kawan-kawan baik aku panggil aku Tik. Nama manja untuk katik. Tak perlu tanya kenapa lagi lah kan? Ya, aku memang katik. Tapi rupa aku boleh tahan comelnya. Sekali aku senyum, terserlah lagi kecomelanku. Maka tergodalah para kaum Adam yang melihat. Cuma masalahnya, aku jarang sekali tersenyum.

Oh, cakap fasal kaum Adam, aku ada kisah yang tak berapa nak sedih untuk dikongsikan dengan kau. Duluuuuu.. Aku ada boyfriend. Hee. Namanya Adam Ar-Rayyan. Ah, namanya baik sekali. Berbeza sungguh dengan empunya nama. Si dia yang boleh tahan kacak tetapi berperangai menyerupai syaitan. Oh tidak, tidaklah sebegitu teruk. Dia cuma nakal. Dan malas belajar. Jika ditanya siapakah juara lompat pagar sekolah, dialah orangnya.

Walau bagaimanapun, aku tetap sayangkan dia dan cuba sedaya-upaya untuk mengubah seorang insan bernama Adam Ar-Rayyan. Dan inilah kisah bagaimana semuanya bermula...

****

"Sha, kau tahu tak, ada seorang mamat ni, aku selalu terserempak dengan dia masa nak balik sekolah. Handsome". Oh, ini kawan baik aku yang terlebih dos gedik. Namanya Sarra Izaty. Dan dia baru je sampai sekolah pagi ni. Hai, budak PMR pagi-pagi dah bergosip fasal jantan. Bukannya nak bercakap fasal pelajaran. Tapi... Tak ke pelik kalau tiba-tiba je Sarra datang pagi-pagi, cakap, "Sha, sperm tu kena berenang sampai dekat fallopian tube kan baru jumpa ovum?" Ooohh, awkward. Okay, that's not the point.

"Wah, macam ada jodoh. Siapa?" Aku bertanya dengan muka teruja. Kata lelaki handsomeeeee... Siapa yang tidak teruja? Cuba cakap? Kau? Memanglah. Kau tu jantan. Pelik jadinya kalau kau teruja tengok lelaki handsome. Atau... Kau ada masalah jantina? Err.

"Aku tak tahu nama dia. Budak baru kot. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Form 4 rasanya". Jadi, mulai hari itu, kitorang gelarkan lelaki tersebut jodoh. Dan mulai hari tu jugalah, misi mencari lelaki handsome untuk dijadikan crush bermula. Belum pun masuk bulan 2, Sarra dah ada sampai lima crush. LIMA okay? Entah macam manalah dia nak stalk semua tu.

Masuk bulan Februari, aku dah mula panas telinga. Hari-hari dengar si Sarra cakap fasal lima orang jantan tu lepas gelak gedik-gedik. Hadoyaii. Jadi, aku pun luaskan mata memandang sana sini masa perhimpunan mencari lelaki kacak. Dan akhirnya, ada 3 orang yang dalam pemerhatian aku. Hahah. Shahrizan, Adam Ar-Rayyan dan John. Tapi aku paling gilakan si Shahrizan sebab dia pendek dan comel. Hahah.

Tak lama aku crush-crush ni. Hujung bulan dua, Adam tegur aku dekat FB. Dan ini... Adalah conversation antara aku dan dia yang aku ingat.

Adam : Nak nombor?
Aku : Buat apa?
Adam : Nak ayatlah.
Aku : =.='
Adam : Boleh tak?
Aku : Nah. 0184231523
Adam : Ni nombor aku. 013774805
Aku : Okay.
Adam : Esok tengah hari kau call aku.
Aku : Nak buat apa pulak?
Adam : Call jelah!
Aku : Tengoklah kalau aku dah bangun.
Adam : Alaa..

Lepas tu aku dah tak ingat dah kitorang cakap fasal apa. Dan esoknya, aku tidur sampai tengah hari. Dia mesej suruh call, the typical, "Hi, please call me back". Aku dengan taik mata melekat-lekat lagi, call jelah mamat tu. Dan ini pulak conversation yang aku ingat masa kitorang on the phone.

Aku : Hmm.. Kau nak apa suruh aku call ni?
Adam : Nak kau.
Aku : Hah?
Adam : Nak kau.
Aku : Apa?
Adam : Nak couple dengan kaulah bangang!

Alahai, romantiknya cara minta couple. Aku reject. Bukan sebab dia main bangang-bangang. Tapi sebab kitorang baru sangat kenal. Aku nak kenal dia dulu. Tengok sesuai ke tak dengan jiwa aku. Waahh... 2 hari kitorang asyik text je tak berhenti. Dan selepas dua hari dia minta couple lagi. Kali ini, aku terima. Cuma memberi peluang. Tak berharap pun kekal lama. Tapi... Entah macam mana hati aku boleh sayang sangat pada dia. Haih.

Hubungan aku dan dia, bertahan selama 4 bulan sahaja. Tapi 4 bulan pun, macam-macam yang kitorang dah lalui. Gaduh, jangan cakaplah berapa banyak kali. Bergurau senda, sepanjang masa. Dia sentiasa ada untuk aku. Dia sanggup datang rumah aku untuk pastikan aku tak buat kerja bodoh toreh tangan sendiri.

Tapi..

Aku terlampau bodoh tak reti bersyukur. Selalu harapkan lebih daripada dia. Sedangkan apa yang dia bagi dah cukup. Aku tak ada mesin masa macam doraemon nak patah balik masa. Aku tak boleh betulkan semuanya. Aku   cuma mampu senyum dan cuba terima hakikat. Ya, sakit. Tapi apa lagi aku boleh buat, betul tak?

Oh, kenapa break? Cukuplah korang tahu, ianya salah aku.

Dan ini... Malam kitorang break. Kali terakhir aku cakap dengan dia.

Aku : Hmm.. Okaylah. Bye.
Adam : Bye. Nie aku bagi kau last, I love you.

Ya, I love you too. Tapi aku tak mampu balas masa tu sebab.... Haih, apa lagi? Menangislah.

Aku masih sayangkan kau, Bo. Dan aku rinduuuuuuu kau sangat. Haih.

Aku tunggu kau balik.

****

Dan kini... Umur aku dah 25 tahun. Masih single mingle triangle lagi. Semuanya sebab lelaki bernama Adam Ar-Rayyan yang tak dapat diganti oleh sesiapa. Ya, ada je orang nak berkenalan dengan aku. Tapi cukup sampai berkenalan sebab aku langsung tak ada perasaan pada mereka.

****

Dan cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. :)

Anyway, thanks, A for a wonderful journey.

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...