Jun 21, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 4 : Tarik Telinga

Aku teringat fasal kenangan ini masa aku tengah mandi lepas balik sekolah tadi. Haha. Kenangan masa aku darjah 3. 

Darjah 3 tu dah kira 'senior' sesi petang dekat sekolah lama aku dulu. Jadi, konon-konon kuatlah kan? Tambah pula masa tu aku pengawas. Masa dekat sekolah lama aku dulu, cikgu-cikgu suka sangat mesyuarat. Dalam seminggu kalau tak ada mesyuarat tak sah! Setiap kali diorang mesyuarat, yang kena jaga kelas, mestilah cik-cik dan encik-encik pengawas sekalian. Kitorang semua ada pasangan masing-masing dan kelas tempat bertugas masing-masing.  Pasangan aku, Encik Ameer Mukhlis bin Razali dan kelas yang ditugaskan untuk kitorang jaga ialah kelas 2 Takwa. 

Untuk pengetahuan korang, Ameer ini dulu first crush aku sejak aku enam tahun. Tapi bila dah naik darjah enam baru sah jadi boyfriend aku. Haha. Tak ada siapa nak tahulah weh! 

Satu hati itu, kitorang kena jaga kelas macam biasa sebab cikgu-cikgu sibuk bergosip mesyuarat. Setiap kali kena jaga kelas, si Ameer ini mesti nak mengelat. Sengaja bagi alasan nak pergi tandas padahal nak ikut Hadi ronda. Tapi pada hari itu, aku tak tahulah mana datangnya kekuatan untuk aku pergi tarik telinga si Ameer suruh dia duduk dalam kelas. Setiap kali dia nak keluar saja, aku dah serang dulu. Haha. Kesian dia. Habis telinga dia merah-merah kena tarik dengan aku. Tambah lagi dalam kelas 2 Takwa itu ada adik dia. Haha. Jahatkan aku? 

Kesudahannya, setiap kali dia nampak aku mesti dia lari. Sampailah kitorang darjah 6. Aku tanya dia, kenapa dia selalu lari bila nampak aku, aku ini hantukah? Dia jawab, sebab dia malu. Cehceh.. Padahal nak cover yang dia tu takut tercabut telinga kena tarik dengan aku. 

Tapi.. Sekarang Encik Ameer dah besar dan dah tinggi. Jadi, aku dah tak boleh nak tarik telinga dia lagi dah. Tak sampai! Haha. Inilah dia rupa Encik Ameer sekarang.... 

Dulu kecil-kecil dia comel. Sebab itu aku suka dia. Tapi sekarang, korang tengok sendirilah. Huduh! Haha. Sorry Meer..

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...