May 9, 2011

Seloka 2 Bestari 2010

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua yang teristimewa,
Mari dengarkan satu seloka,
2 Bestari empunya cerita.

37 penghuni kelas misteri,
Punya identity yang tersendiri,
Terdapat 20 orang puteri,
17 putera selebihnya lagi.

Ustaz Khair guru kelas kami,
Subjek agama yang diajari,
Nasihat dan warning selalu diberi,
Itulah guru yang kami sanjungi.

Orangnya kurus, kering sekali,
Afiq Ariffin nama diberi,
Apabila bising, dia join sekaki,
Itulah dia monitor kami.

Assistant monitor pangkat saya,
Nur Farah Iryani empunya nama,
Selalu bertengkar dengan ketua,
Hai, huru-haralah kelas nampaknya.

Kutip duit kelas tugas diberi,
Orangnya kecil cili padi,
Rupanya tidak seiras ceti,
Itulah Rais bendahari 2 Bestari.

Iera, Liyana dan Amirah rapat sekali,
Gila-gila layan member sendiri,
Apabila gelak bergegar bumi,
Itulah dia rakan kami.

Akif, Shafik dan Azrul si loyar buruk,
Perangai tak ubah macam Pak Kaduk,
Suka buat cikgu mengamuk,
Mengata orang dia yang teruk.

Hafizah, Syuhadah dan Fatin manis orangnya,
Tak kira di mana senyum sahaja,
Apabila tersenyum nampaklah giginya,
Mereka pemalu tetapi ceria.

Raden bising orangnya,
Hasan member sebelahnya,
Qawiem pula lain ceritanya,
Kalau mengamuk habislah semuanya.

Siti Norizaty lantang suaranya,
Tapi bila gelak tak ada bunyi,
Mayang dan Aiza member dia,
Digelar BFF sejati kelas kami.

Nurliyana ni pula lain ceritanya,
Apabila disakat merah mukanya,
Amira pula pengikut setia,
Duduk bersebelahan tak kira di mana jua.

Badrul, Syamim dan Hazlan duduk bertiga,
Tak tahu nak cakap apa pasal mereka,
Afiqah (K) dan Aini lain pula,
Kalau cakap tak dengar suara.

Namanya Awang ramah sekali,
Selalu disakat member sendiri,
Suka buat lawak sudah basi,
Itulah Amirul Razin pengawas kami.

Berkaca mata namanya Afiqah,
Nampak pendiam tapi peramah,
Huda pula teman sebelah,
Nampak macam PSS berhemah???

Adleena pemalu orangnya,
Apabila ditanya senyum sahaja,
Nurin, Natasha dan Nazirah lain ceritanya,
Sikit ditanya banyak jawabnya.

Syafiq dan Shahir sehati sejiwa,
Adam tak habis dengan celotehnya,
Syafiq Rosli pula pendiam orangnya,
Lantaklah asalkan dia bahagia.

Buat guru-guru yang sempoi belaka,
Terima kasih kami ucapkan,
Suka dan duka dikongsi bersama,
Bila kami exam, tolong doakan.

Sampailah masa mengundur diri,
Sorry sebab idea dah kering,
Sesiapa yang terasa jangan sakit hati,
Gurau sahaja, tak baik touching.

Selesai juga seloka ini,
Cukup 37 nama diberi,
Moga bersama di 3 Bestari,
2 Bestari sentiasa dekat di hati.

~Thank you Nur Farah Iryani Ahmad Samsul Arifin for such a beautiful seloka. Hee. ~

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...