Feb 12, 2011

The M.A.S - Special Episode "Reunion (Alisha's Story)"

Sabtu. Setelah berfikir dan melihat jadual, akhirnya Alisha pergi juga ke majlis reunion itu. Alisha mengenakan gaun paras lutut berwarna merah jambu yang dihiasi dengan riben hitam di bahagian pinggang. Alisha memadankan gaun itu dengan kasut tumit tinggi berplatform yang juga berwarna merah jambu. Rambut lurusnya yang melepasi paras bahu dibiarkan lepas. Solekannya pula nipis saja. Di tangannya, sebuah beg 'clutch' dibimbit.

Saat Alisha melangkah masuk ke dalam dewan tarian itu, semua mata memandangnya. Berpuluh-puluh pasang mata menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya. Bibir Alisha mengukir senyuman. Pasti mereka terkejut melihat kehadirannya. Hampir 30 saat seisi dewan senyap dan memandangnya. Suara orang berdehem menerusi corong pembesar suara memecahkan kesunyian yang tiba-tiba melanda.

Qayyum : Ladies and gentlemen, please welcome our special guest for tonight's event, Alisha Kaisara Tan Sri Zaid! 

Serentak dengan pengumuman Qayyum itu, semua orang yang berada di dalam dewan itu mula bercakap dan berbisik sesama sendiri. Ibarat bunyi lebah menghurungi sarang. Buzz buzz buzz. Alisha berjalan menghampiri Qayyum yang berada di meja berdekatan dengan pentas. Di samping Qayyum, berdiri seorang wanita anggun. Pasti itu isterinya.

Alisha : Hey, babe. 

Qayyum : Yo! You made it!

Alisha : Yeah. Last minute decision. Where's the others?

Qayyum : Others as in Sarra and Mia? 

Alisha : And Ariq. 

Qayyum : Pergi ambil makanan. Kau pergilah ambil makanan dulu. Then we'll GG. 

Alisha : It's okay. Aku nak duduk dulu. 

Beberapa minit kemudian...

Sarra : Eh, Qay, siapa ini?

Mia : Yeah. I thought this table is just for us. 

Alisha : Wah, wah, aku tahulah aku dah lama tak balik Malaysia. Sampai hati kau orang tak kenal aku. 

Mia : Lisha?

Alisha : Of course, babe. Who else?

Sarra : Oh my God! We missed you so much!  

Ketiga-tiga sahabat yang sudah lama terpisah itu berpelukan dan menjerit-jerit. Meskipun sudah berumur 27 tahun, aura kegedikan mereka tidak pernah berkurangan. Apabila sudah penat melompat dan hilang suara menjerit, mereka berhenti. 

Sarra : How are you, babe?

Alisha : Just fine. 

Sarra : Kau datang seorang saja?

Alisha : Yes. Kau? 

Sarra : With my fiancée.

Sarra memuncungkan mulutnya ke arah lelaki di sebelahnya. Alisha mengalihkan pandangannya. Serta-merta air muka Alisha berubah. Zafiq? Namun, Alisha sedaya upaya menepek senyuman palsu di wajahnya. 

Alisha : Oh. Congratulations. Bila kau orang bertunang?

Sarra : A few months ago. 

Alisha : Oh. How about you, Mia? Engaged or married?

Mia : Happily married. 

Alisha : Congratulations to you too. Haih, nampaknya aku seorang sajalah yang masih tak laku. 

Mia : You're single? 

Alisha : Sangat. Haha. 

Mia : Gosh! Biar betul?

Alisha : Very true. I had a boyfriend and we're almost got engaged but he cheated. So yeah, I'm single up till now. 

Mia : Oh, poor you, babe. 

Alisha : Nah, it's okay. I'm fine. 

*****
Di satu sudut...

Zafiq : Adik, bila masa pula kita bertunang?

Sarra : Alah, adik saja nak tengok apa reaksi Alisha. Nampaknya dia dah betul-betul lupakan abang. Baguslah. 

Zafiq : Kenapa pula bagus?

Sarra : Adalah. Hehe. 

~ Benarkah Alisha sudah melupakan Zafiq? ~

4 comments:

AmyZana said...

yeah ! sambung ! :D

ayuorked said...

hello.. comel blogg u..do follow my blog.. http://ayuoyku.blogspot.com/
cmne nk follow blog u nie eh? (wondering) heheh

apislerr said...

slm kunjungan
nice blog;)
blog apisv2

takky said...

wow...
nice story...

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...