Feb 10, 2011

The M.A.S - Special Episode "12 Years Later (Alisha's Story)"

12 tahun berlalu. Mia, Alisha dan Sarra sudah pun berumur 27 tahun. M.A.S terpisah dan Masked Girls dibubarkan semasa mereka menginjak ke tingkatan 4. Mia bertukar sekolah, Alisha berpindah ke London sejurus selepas tamat PMR dan Sarra pula mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Semenjak itu, persahabatan mereka mula renggang dek kerana kesibukan masing-masing.

Kini sudah 12 tahun menginjak pergi. Alisha mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Sudah lama kakinya tidak menjejaki bumi Malaysia. Pesawat yang dinaiki Alisha selamat mendarat di KLIA tepat jam 12 tengah hari. Keluar sahaja dari KLIA, Pak Li sudah menanti di pintu masuk. Lelaki separuh abad itu masih setia berkhidmat kepada keluarga Tan Sri Zaid.

Sampai saja di rumah, Alisha terus menghempaskan badannya ke atas katil. Tidak sampai 10 minit, dia sudah hanyut dibuai mimpi. Alisha benar-benar keletihan. Alisha tidur tanpa menukar baju, membersihkan solekan wajahnya dan mengemaskan beg. Lena Alisha terganggu apabila jam locengnya berbunyi.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Alisha turun dari katilnya lalu pergi ke bilik air untuk menyegarkan badan. Usai mandi, Alisha segera bersiap untuk ke Pavilion. Dia mahu mengisi perutnya yang sudah berkeroncong hebat. Kak Warmi sudah pulang ke kampung, jadi tidak ada orang yang akan memasak untuknya. Hendak memasak pun, kabinet dapur rumah agam itu kosong kerana sudah lama tidak berpenghuni.

Selepas makan, Alisha membuat keputusan untuk berjalan-jalan cuci mata di sekitar Pavilion. Tidak banyak yang berubah. Semuanya masih sama. Cuma ada beberapa kedai baru yang dibuka. Alisha teringat akan zaman remajanya bersama Masked Girls tatkala melihat butik Coach. Dia tersenyum sendirian apabila kotak memorinya memainkan kenangan lama.

Tiba-tiba...

Stranger : Lisha? Is that you?

Alisha : Pardon?

Stranger : Are you Alisha Kaisara Tan Sri Zaid?

Alisha : Yes, I am. You are...?

Stranger : Hey, it's me, Qayyum.

Alisha : Qayyum? As in Qayyum Azman?

Qayyum : Yes, babe.

Alisha : Oh my God, babe! Gemuknya kau! Serius tak kenal. It's been a long time. How's life?

Qayyum : Biasalah. Orang dah bahagia, beginilah rupa. You sound a lot like British, Lisha.

Alisha : Nama pun duduk London, mestilah terikut slang di sana. What do you mean by 'orang dah bahagia'?

Qayyum : I'm happily married now, FYI.

Alisha : Gosh! Seriously? When? With who?

Qayyum : Itulah kau. Sudah lama tidak balik Malaysia sampai kawan sendiri kahwin pun tidak tahu. Haha. Two years back. Remember our junior Syakilla?

Alisha : Haha. Sorry. Ada masalah sikit dekat sana. Which Syakilla? Can't recall.

Qayyum : Alah, Syakilla yang anak dato' itu.

Alisha : Oh, satu geng dengan Hana dan Farha?

Qayyum : Precisely.

Alisha : What about her?

Qayyum : My beloved wife.

Alisha : Oh my God! This is like the greatest gossip ever. Sorry I'm not there to GG together. Kahwin juga kau dengan dia. Haha.

Qayyum : Jodoh. Kau? What's you current relationship status?

Alisha : Still single and very available. Orang tak laku, biasalah.

Qayyum : Memang pun.

Alisha : Siallah kau.

Qayyum : Eh, gotta go. We'll catch up later. By the way, jemputlah datang reunion budak-budak sekolah kita hari Sabtu nanti.

Alisha : InsyaAllah. What time and place?

Qayyum : Starts at 7. The Gardens Hotel.

Alisha : Oh, just don't tell anyone I'm here, okay? Kau itu dahlah kaki GG.

Qayyum : Yes, mam. Adios, babe.

Alisha : Bye.

1 comment:

Adsha Amin. said...

Kewl.

Sambung lagi! Nak baca yang seterusnya~

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...