Jan 28, 2011

Karangan Peribahasa PMR : Ada UMNO, Ada PAS. Ada hari, boleh balas!

Jeritan di sana. Hilai tawa di sini. Suara manusia berbual di mana-mana. Riuhnya Tingkatan 3 Baik Punya mengalahkan pasar ikan yang sedang mengadakan Jualan Akhir Tahun. Beberapa kelompok kecil dapat dilihat di dalam kelas itu. Masing-masing duduk di dalam kumpulan mereka. Berborak, bergosip dan bergurau senda.

Pengumuman ketua kelas, Afique Aryyfine sebentar tadi membuatkan mereka jadi hiper tahap kronik. Afique memberitahu anak-anak buahnya bahawa guru Bahasa Sepanyol mereka, Puan Ferra Ivyani akan masuk lambat. Semua bersorak kesukaan. Nampak benar yang mereka tidak menyukai guru mereka yang seorang itu.

Saat yang lain sibuk berceloteh mengenai pelajaran, senior kacak dan  macam-macam lagi, Ayiza Fericia dan CT Norish Zaty lebih enak melayan lena mereka. Mereka benar-benar kepenatan. Mana tidaknya, pagi tadi, semasa Pendidikan Jasmani, mereka dikerah berlari ke sana ke mari. Huh, penat! Sakit kaki dibuatnya!

Sedang enak mereka melentokkan kepala ke atas meja, mereka dikacau oleh dua ekor makhluk tak guna, Afique dan Carwiyem. Dua orang jejaka kaki bergosip ini mengajak Ayiza dan Norish bergosip namun tidak dilayan. Norish yang terkenal dengan sifat malasnya itu, malas mahu membuka mula. Ayiza pula lebih kepada terasa hati dengan Afique dan Carmiyem. Jadi, dia malas mahu berbicara dengan mereka. Sakit hatinya masih berbekas.

Keseronokkan dan keriuhan pelajar Tingkatan 3 Baik Punya tidak berkekalan. Hilang taring mereka saat Puan Ferra Ivyani melangkah masuk ke dalam kelas itu. Suara yang lantang bercakap tadi kini diam seribu bahasa. Mereka yang sibuk bergurau senda dan tak boleh duduk diam ibarat bontot digenyeh dengan cili, kini duduk tegak di kerusi masing-masing.

Pembelajaran Bahasa Sepanyol pada hari itu, berjalan seperti biasa. Muram. Semua pelajar monyok. Tidak ada satu orang pun yang bersuara. Semua seolah-olah hilang keupayaan untuk bercakap. Apabila Puan Ferra Ivyani bertanya pun, semua diam. Sehingga Puan Ferra terpaksa menjawab soalannya sendiri.

Akhirnya, Puan Ferra Ivyani mengalah. Dia menyuruh pelajar-pelajar Tingkatan 3 Baik Punya membuat latihan yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Sepanyol mereka. Semua pelajar akur. Mereka membuat latihan-latihan tersebut tanpa banyak bunyi. Suasana Tingkatan 3 Baik Punya yang riuh rendah sebentar tadi, senyap sunyi umpama tanah perkuburan.

“Saya nak pinjam kelas kamu untuk buat kelas tambahan 5 Polan, boleh? Setiap hari Sabtu saja. Kalau boleh, saya nak pinjam kunci kelas kamu dan nanti saya akan buat salinan kunci untuk diri saya sendiri,” kata Puan Ferra. Semua pelajar 3 Baik Punya mula berbisik sesame sendiri. Mereka teragak-agak mahu membenarkan ataupun tidak.

Bincang punya bincang, akhirnya, mereka sepakat untuk tidak membenarkan Puan Ferra menggunakan kelas mereka kerana bimbang ada barang yang hilang. Mereka lebih risau buku teks yang ditinggalkan di bawah meja akan dirampas sebenarnya.

“Tak apa. Ada UMNO, ada PAS. Ada hari, saya balas!” ujar Puan Ferra Ivyani, bengang. Pelajar Tingkatan 3 Baik Punya meneguk air liur. Ada juga yang membuat tidak endah seperti Ayiza dan Norish. Ada juga yang berkata mahu menjahanamkan kereta Puan Ferra. Ada juga yang diselubungi... Rasa bersalah. Apa yang akan terjadi kepada pelajar Tingkatan 3 Baik Punya?

- 484 patah perkataan 

Korang sambung sendiri. Hahah.

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...