Sep 26, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 6 : Aktiviti Dalam Bilik Air


Tak. Tak. Aku tak buat macam ni. Dan entri ini bukanlah entri lucah. Harap maklum ya? Fikiran tu jangan nak kotor sangatlah kan? Pantang sebut aktiviti dalam jamban sikit, dah fikir bukan-bukan dan merepek. Okey, sudah.  


Aku bukan macam korang yang suka sangat main buih sabun masa mandi. Oh tidak sama sekali. Tak best. Buih tu bukannya boleh wujud lama-lama pun. Jatuh ke lantai, hilang. Kadang-kadang tu masuk mata. Lepas tu mulalah kelam kabut tadah mata bawah air paip. That is so not me. 


Cuma... 


Aku ada satu tabiat yang sampai sekarang melekat. Nak tahu apa? Okey, kecil-kecil dulu tak ada pun aku bercita - cita nak jadi ahli kecantikan atau ahli kimia. Tapi setiap kali aku masuk bilik air, tak kiralah untuk tujuan apa sekali pun, aku mesti campur-campur apa segala sabun, syampu dan benda-benda lain yang berupa cecair yang ada dalam bilik air tu. 


Bila aku dah puas hati dengan campuran tu, aku mesti pergi lumur dekat tangan atau kaki aku lepas tu cakap sorang-sorang. Konon 'produk' aku tu mampu melembutkan kulit apa jadah semua. Tapi itu pun kalau bahan-bahan yang aku gunakan tak mengandungi benda-benda pelik yang berpontesi memberi aku alergi. Dan aku tak adalah bodoh sangat sampai nila dan clorox pun aku lumur dekat badan. 


Asal nak mandi je, aku mesti bawa masuk sekali bekas plastik Tupperware dan sesuatu untuk mengacau aduan tersebut. Biasanya aku songlap lidi sate nenek aku. Tapi kalau tak ada, pensel pun jadilah. Kadang-kadang tu sudu plastik McFlurry pun aku tibai. Janji boleh dijadikan sebagai pengacau. Hehe. 


Akibat daripada aktiviti tak berfaedah aku ini, syampu, sabun, conditioner dan ubat gigi aku cepat habis. Membazir sungguh. Well, budak-budak kan? Biasalah. Mana fikir fasal tu semua. Okey, obsesi aku terhadap aktiviti yang tak berfaedah ini sudah berkurangan sekarang. Bila aku bosan Ya Rabbi je aku buat. Tu pun bukan dekat dalam bilik air dah. Dah maju sikit aku buat dekat dalam bilik pula. Haha. 


Sesungguhnya aktiviti ini adalah satu aktiviti yang sangat tidak berfaedah dan membazir. Jadi, tak payahlah gedik-gedik nak ikut. Okey, suka hati koranglah. Tapi kalau kena marah dengan mak bapak korang, jangan nak tuding jari dekat aku. I'm not responsible for it. 


I guess that's it. 


P.S : Oh ya, don't forget to check out Qawiem Yusman's blog. I've put the link at the 'Orang-orang Hebat' colum. Or you can just click here


Toddles! Love ya'll!

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...