Jun 24, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 5 : Gigi

Tiba-tiba aku teringat fasal ini masa aku tengah sibuk bahan Encik Gigi dekat sekolah semalam.

Kejadian ni terjadi masa aku darjah 1 atau 2 macam tulah. Tak ingat. Apa yang pasti, masa ia berlaku, aku masih lagi ikat rambut tocang dua. Seingat aku, benda alah ni berlaku masa budak-budak sibuk nak balik. Aku tak ingat kenapa hari tu aku balik ayah aku ambil. Biasanya aku balik jalan kaki pergi nursery adik aku. Masa kejadian ni berlaku, gigi susu aku tengah goyang goyang petanda dah on the way nak tercabut.

Okey, kejadian yang tak diingini ni berlaku masa budak-budak sekolah tengah eksaited nak balik rumah. Termasuklah aku. Semangat aku berlari tak sabar nak balik. Tapi entah macam mana masa aku sampai dekat pondok yang dekat dengan pintu pagar belakang, aku jatuh tersungkur.

Dah jatuh tu, aku boleh bangun buat muka selamba. Padahal mata semua dah pandang aku. Selepas tu, ada seorang pak cik ni datang dekat aku. Dia tanya aku okey ke tak. Aku jawablah okey. Tiba-tiba dia hulur tisu dekat aku. Aku pun ambillah sambil buat muka blur. Aku pegang sajalah tisu tu sampai pakcik tu suruh aku lap mulut. Aku pelik. Kenapa pak cik ni suruh aku lap mulut? Aku pun laplah. Dah lap, aku tengok tisu tu penuh darah.

Seterusnya, melalaklah aku. Jatuh tak nangis. Tengok darah nangis. Masa aku nangis tu, aku terpandang bawah. Aku nampak sebiji benda putih yang sangat familiar. Tengah nangis nangis tu aku boleh pergi kutip benda alah tu. Okey, korang nak tahu apa benda yang aku kutip tu? Ini...

GIGI! 

Ya, mata kau tak salah. Aku pergi kutip gigi aku yang dah tercabut masa aku jatuh tu. Ya, gigi aku tercabut masa jatuh. Bukan sebatang, tapi dua batang. Rongaklah aku. Dahlah gigi depan dua dua. Perghh!! Terus tak sanggup nak senyum nampak gigi. Haha.

Itu dulu, sekarang gigi aku dah tumbuh dan tidaklah terlebih besar macam Encik Gigi. Kahkah!

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...