Jun 19, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 3 : Pontianak Atas Almari

Tiba-tiba teringat benda alah ini masa tengah tunggu Mr.Future balas mesej aku. You, I sempat tidur okey tunggu you reply. Haha.

Kejadian ini berlaku masa aku darjah berapa entah. Tak ingatlah. Dah lama dah. Aku tak pastilah masa itu cuti sekolah atau pun raya. Apa yang pasti, rumah aku meriah gila sebab semua sepupu belah bapa aku datang. Malam kejadian itu, kita orang budak-budak saja yang ada dekat rumah. Orang-orang tua aku tak tahu pergi mana. Yang tinggal cuma nenek aku dan mak su aku saja.

Malam itu, selepas makan, kita orang semua terlentang depan tv sambil fikir nak buat apa. Bosanlah. Akhirnya, mak su aku bagi cadangan yang sangat-sangat bernas. Dia ajak kita orang semua main-main nyorok-nyorok. Siap ada syarat lagi tu. Nak tahu syarat dia apa? Kita orang kena tutup SEMUA lampu yang ada dalam rumah tu kecuali tv dengan lampu luar. Maknanya, kena cari dalam gelaplah kan? Haha. Kedua, kalau ada orang yang berjaya pergi dekat ruang tamu dan tutup tv, orang yang tengah cari itu, kena jadi lagi sekali. Haha.

Nenek aku dengar saja rancangan kita orang, terus keluar pergi bergosip dengan jiran sebelah rumah. Yeah! The house is OURS!! Sakanlah kita orang main nyorok-nyorok malam itu. Sampai giliran sepupu aku yang penakut gila babi yang kena cari, kita orang berpakat nak kenakan dia.

Dalam ramai-ramai tu, aku seorang saja perempuan yang rambut panjang ala-ala pontianak. Jadi, mak su aku suruh aku pakai telekung, keluarkan rambut dan duduk atas almari dalam bilik yang paling gelap dekat rumah itu. Dulu aku kuat memanjat kau tahu. Hehe. Muka aku dah habis di-make up-kan dengan bedak johnson baby. Bertenggeklah aku diam diam atas almari tu.

Sepupu aku buka saja pintu bilik tu, dia dah nampak aku. Apa lagi, menjeritlah dia. Haha. Menjerit lompat lompat lari keluar rumah. Sangat tak boleh blah. Kita orang yang tengok dah tergelak guling-guling. Haha. Bila orang-orang tua balik, aku yang banyak mulut ini pun pergilah cerita dekat dia orang. Dia orang pun bantai gelak ramai-ramai.

Haha. Gila best masa tu. Kan best kalau dapat jadi budak-budak balik main panjat panjat. Hehe. Jadi, pontianak atas almari tu sebenarnya akulah. Haha. Gambar tak adalah. Kalau ada, aku dah upload dah. Tamatlah sudah hikayat pontianak atas almari ini. Hehe.

No comments:

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...