Monday, May 31, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 2 : Badut Dan Barbie

Apa kejadahlah budak ini tiba-tiba merepek fasal badut dan Barbie? Ada kaitankah dengan sejarah Tanah Melayu? Haih.. =.=' Neh, kaitan dengan sejarah Tanah Melayu tak ada. Sejarah hidup AKU ada. Nak tahu? Hehe.. Sekejap eh? Nak cari ayat yang sesuai kejap. Tunggu kejap.

..........

..........

Tersebutlah sebuah kisah... Ya Allah weh! Apa benda kau merapu meraban pagi-pagi buta ini? Oh, maaf. Salah channel. Kita mula balik okey?

Kejadian ini berlaku semasa aku masih di zaman hingus meleleh sememeh lagi. Kalau tak sial silap aku, masa aku umur 6 atau 7 tahun. Masih naif, dungu dan bengap lagi. Masih tak matang lagi. Masih rata dan tidak ada yang berdarah. Kau perempuan faham sendiri. Bagi lelaki yang dungu, buat-buat tak tahu.

Cepatlah weh! Dah berjanggut aku tunggu. Bila nak masuk ceritanya?

Sabarlah!

Kejadian ini berlaku dekat Megamall. Masa aku kecil-kecil dulu Megamall saja shopping complex yang ada. Masa itu aku keluar dengan keluarga aku dan mak cik aku. Yalah weh, kau budak kecil lagi. Tak akan nak keluar menonong seorang-seorang? Tengah jalan-jalan, bapa aku masuklah 1 kedai CD ini, aku pun confirm ikut serta. Masuk saja kedai itu, mata aku dah tangkap 1 benda. Dengan pantas, aku sambar benda itu dan bawa pergi dekat daddy dan cakap, "Dy, akak nak beli CD ini." Kau tahu CD apa? Ya, CD Barbie as a Swanlake. Ceh, ingat itu!

Dah beli-beli segala, kita orang pun jalan-jalanlah 1 Mega. Sampai dekat ruang legar utama Mega, aku nampak budak-budak baya aku ramai berkumpul. Bapa aku pun bawalah pergi sana. Tengok-tengok ada 1 makhluk dengan hidung merah dekat tengah itu. Baru saja sampai, si badut bongok itu dah panggil aku jadi demo. Badut ini nampak aku tengah pegang CD Barbie. Dia minta. Aku pun dungu sajalah pergi bagi kan? Dah ambil, aku nampak dia pergi dekat mak cik aku. Apa benda entah dia cakap dengan mak cik aku. Yang aku, duduk tengah-tengah itu sambil gigit jari. Neh, sangat dungu.

Selepas itu, dia datang balik dekat aku. Dia buatlah segala magik taik ayam dia. Ceh, sekarang yalah cakap magik taik ayam. Dulu kemain lagi teruja tengok magik. Dah habis pertunjukan dia, aku dapatlah belon yang bentuk-bentuk jadi macam-macam itu. Aku dapat 3 sekali. Hehe. 1 anjing poodle, 1 rama-rama dan 1 love. Ingat do! Aku dengan terkedek-kedeknya lari dekat bapa aku. Anak manja kan? Dah jalan sampai ruang legar yang kedua baru aku teringat, CD Barbie aku!!! Masa aku teringat itu, aku dah mula menangis. Yang mak cik aku pula baik punya pergi cakap, "Badut itu dah ambil kak." Lagi kuatlah kan aku meraung? Bapa aku pun pergi ikut serta takut-takutkan aku. Hah, apa lagi.. Terkinja-kinjalah aku dekat situ! Haha.

Last-last, mak cik aku cakap, "Nah, tadi badut itu bagi dekat aunty." Hah, baru nak tersengih. Setan punya badut! Kau wakenabebkan aku ya? Serius cakap, sampai sekarang aku berdendam dengan makhluk hidung merah itu. Haih.. Aku benci kau badut!

Ya, saya seorang peminat setia Barbie. So? Ada saya kacau hidup awak? Tak adakan? Jadi sila keluar.. Hehe. We are never too old for Barbie. =)