Apr 30, 2010

Kenangan Zaman Hingus Meleleh 1 : Terberak Dalam Kain

aku sudah ketandusan idea. tapi aku perlu memasukkan sebanyak mungkin entri setiap hari. kalau aku tak update banyak-banyak, ada pula makhluk yang bising cakap dia bosan sebab aku tak update blog. blog aku memang seronok dibaca dan ditatap. aku perasan? aku tahu kau dengki blog kau tak ada sambutan sebab hanya ada 1 entri. jadi, tolong jangan kecoh sangat ya? sehubungan dengan tanggungjawab aku mengupdate blog setiap hari supaya pembaca aku boleh bergelak ketawa sampai terkeluar oesophagus, aku akan tulis fasal kejadian yang berlaku semasa aku darjah 1.

kejadian ini berlaku pada satu tengah hari yang sangat tenang. suasana di sekitar sekolah kebangsaan beserah hingar-bingar seperti biasa. kecuali satu kelas tahun 1 yang terletak di blok a. kelas 1 soleh. semua murid sedang khusyuk mendengar bebelan cikgu zubaidah yang garang mengalahkan singa betina baru hilang anak. masing-masing tertunduk merenung meja. ada juga yang mengutis sana sini. cuma ada seorang murid yang tak senang buntut duduk atas kerusi biru itu.

ya, murid tersebut itu adalah AKU. ya, aku. AIZAFARISHA. perut aku memulas bagai dipulas oleh gergasi. aku menanggung kesakitan yang teramat sangat. nak pergi tandas, takut nak minta kebenaran. yalah, mana taknya, cikgu yang mengajar itu tersangatlah garangnya. takut do. jadi, aku hanya mendiamkan diri dan cuba bertahan. tinggal lagi beberapa minit saja lagi sebelum loceng menjerit.

tiba-tiba...

oh, isi perut aku sudah terbarai. namun tidak ada sesiapa pun perasan akan kehadiran insan ketiga di antara buntut aku dengan kerusi. tak lama kemudian, loceng pun menjerit. SELAMAT. aku tunggu sampai semua orang dah keluar. sikit pun aku tak bergerak. aku tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu sampai line betul-betul clear.

selepas itu, dengan sepenuh hati, aku memecut sambil mengheret beg barbie beroda aku ke nurseri tempat tinggal sementara aku. nasib baik tak ada orang perasan. aku menyusup masuk ke nurseri tersebut dan berlari ke jamban. cepat-cepat aku sambar tuala dan mandi. baju aku itu aku basuh dan sumbat dalam beg plastik. hehe. TAK ADA siapa pun yang tahu kisah sebenar. mak aku tanya kenapa baju basah, aku cakap terkena air. haha. pandai menipu!

tiba-tiba aku teringat kenangan melucukan ini. sakit oesophagus aku gelak. so, lepas ini kau bolehlah print atau bagi kawan-kawan kau baca. sebarkan cerita ini. jadikan ini 1 bahan untuk mengejek aku. aku tak kisah. janji aku berani mengaku dan menceritakan kejadian memalukan ini. daripada kau. terus-terusan bersembunyi dan berlakon sempurna.

semoga entri ini berjaya meredakan stress kau dan menggeletek oesophagus kau. =)

aizafarisha

HUMAN - CHRISTINA PERRY

Hai, assalamualaikum! 大家好! 我是 Aiza and 欢迎来到 my blog.  昨天是 mummy 的生日. And i had a mental breakdown. I finally broke down.  And cried for a go...